Tuesday, July 31, 2007
Tokoh pendidikan sokong kembalikan kuasa guru
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran disaran menggubal peraturan menghalang ibu bapa campur tangan jika guru mengambil tindakan disiplin terhadap anak mereka di sekolah.
Tokoh akademik, Prof Emiritus Datuk Dr Khoo Kay Kim, berkata sudah tiba masa peraturan itu diwujudkan kerana kebelakangan ini semakin ramai ibu bapa cenderung ‘mengganggu’ tindakan disiplin dikenakan guru terhadap pelajar, walaupun ia bertujuan mendidik. “Sekarang ibu bapa tidak mahu mengaku anak mereka nakal, sebaliknya melemparkan pelbagai tuduhan kepada guru yang menghukum anak mereka, malah ada yang datang bersemuka dengan guru. “Jadi campur tangan ibu bapa dalam urusan disiplin pelajar perlu dihalang dan perkara ini hanya boleh dibuat dengan berkesan jika ada undang-undang. “Bagaimanapun, ini bukan bermakna ibu bapa tidak boleh berbuat apa-apa langsung, jika guru bertindak di luar batas, keterlaluan, berunsur penderaan atau jenayah, ibu bapa boleh bertindak mengikut saluran betul termasuk membuat laporan polis,” katanya. Beliau mengulas laporan khas akhbar bahawa Kementerian Pelajaran mengkaji kemungkinan mengembalikan kuasa guru dalam mendisiplinkan pelajar, termasuk merotan di khalayak ramai bagi memastikan pendidik dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan lebih tegas dan berkesan. Khoo berkata, kerajaan perlu meyakinkan rakyat peraturan itu bukan bermakna kuasa pada sekolah boleh digunakan sewenang-wenangnya tetapi bagi mengawal masalah disiplin di sekolah yang kini semakin teruk. Sementara itu, Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Mohamad Ali Hassan, berkata peraturan seumpama itu dapat mengelak guru menjadi mangsa kecaman membuta tuli ibu bapa yang tidak berpuas hati terhadap tindakan disiplin terhadap anak mereka. “Adalah baik ibu bapa dilarang sama sekali daripada bertindak bersendirian dan ‘menyerang’ guru yang menghukum anak mereka tanpa usul periksa,” katanya. Mohamad Ali berkata, cadangan mengembalikan semula kuasa kepada guru untuk mendisiplinkan pelajar dialu-alukan kerana hakikatnya semua guru adalah guru disiplin. Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Datuk Salleh Mohd Husein dalam kenyataannya, berkata pihaknya menyokong usaha mengembalikan kuasa itu kepada guru kerana profesion berkenaan turut berfungsi mendidik pelajar menjadi manusia berguna dan modal insan berperibadi unggul. Katanya, YGBM berpendapat kajian perlu dibuat bagi memperincikan prosedur dan tatacara kaedah mendisiplinkan pelajar kerana tindakan ini akan membantu serta menyokong guru melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Presiden Persatuan Penyelidikan Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Ahmad Ibrahim Bajunid bagaimanapun berkata, memadai kuasa mendisiplinkan murid diberikan kepada pengetua, guru besar dan guru disiplin saja bagi mengelak timbul banyak isu.
Kuasa guru dikembalikan
Kementerian mahu rombak garis panduan, mudahkan tangani disiplin pelajar
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran mengkaji kemungkinan mengembalikan kuasa guru dalam mendisiplinkan pelajar, termasuk merotan di khalayak ramai, bagi memastikan pendidik dapat menjalankan tanggungjawab itu dengan lebih tegas dan berkesan. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata garis panduan sedia ada perlu dikaji semula supaya masalah sosial di kalangan pelajar dapat dikawal dengan kaedah pendisiplinan yang tidak terlalu terikat dengan pelbagai peraturan. “Kita perlu lihat sama ada membenarkan tindakan yang tidak keterlaluan oleh guru dalam proses mendidik pelajar. Ini perlu kerana kadang kala guru sebagai manusia bertindak sedikit keras apabila berdepan dengan pelanggaran peraturan yang berlaku di depan mata,” katanya kepada Berita Harian.
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar (gambar), berkata kementerian dalam proses meminda Peraturan-Peraturan Disiplin (Pelajar) 1957 bagi mengemas kini peraturan dan tindakan yang boleh diambil guru terhadap pelajar bermasalah. Beliau berkata, akta berusia 50 tahun itu terlalu umum sehingga mengeliru dan menyukarkan pentadbiran sekolah melaksanakan hukuman terhadap pelajar. Alimuddin berkata, peraturan terlalu ketat mengongkong guru dan secara langsung membataskan tugas pendidik untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa pelajar selama mereka di sekolah. Malah, guru sukar menegur kesalahan pelajar di luar kawasan sekolah kerana tiada peraturan membenarkan berbuat demikian. “Lebih mengecewakan apabila ibu bapa sering mengambil pendekatan salah dengan beranggapan anak mereka tidak bersalah dalam apa saja keadaan walaupun selepas diberi penerangan oleh pentadbir sekolah. “Ibu bapa sepatutnya faham bahawa apa saja tindakan guru adalah bertujuan mendidik dan kebiasaannya hukuman yang diambil adalah pilihan terakhir selepas pelbagai amaran diberikan. “Rasanya lebih baik guru menghukum pelajar daripada langsung tidak mengambil tahu apa berlaku kepada muridnya. Kesudahannya, murid itu juga yang rugi,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Lembaga Penasihat Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mencadangkan supaya sekolah kluster menjadi perintis pelaksanaan peraturan disiplin yang lebih tegas dan membabitkan lebih ramai guru. “Jika ada ibu bapa yang tidak suka anak mereka ‘disentuh’, jangan hantar anak mereka ke sekolah kluster kerana di situ anak mereka akan menerima didikan secara seimbang dan menyeluruh,” katanya.
Saturday, July 28, 2007
Cikgu Wee dilamar sekolah swasta di Miri
Belum reda kontroversi tindakan menghukum 200 pelajar di Sekolah Menengah Bawang Assan, Sibu, berendam dalam kolam minggu lalu, warden terbabit, Wee Yim Ping, kini dilamar sebuah sekolah swasta yang beroperasi di Miri.
Ketua Pegawai Eksekutif, Sekolah Menengah Riam Road (RRSS), Datuk Dr. Fong Onn Ming berkata, sekolah berkenaan bersedia menawarkan tempat kepada Yim Ping jika khidmat beliau tidak diperlukan di sekolah tersebut.
“Jika mereka tidak mahu khidmat beliau (Yim Pin), kita alu-alukan perkhidmatan beliau di sini.
“Kita sedia tawarkan gaji seperti yang dibayar oleh kerajaan kepada beliau ketika ini,” katanya semasa diminta mengulas kontroversi yang membabitkan warden yang juga guru Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan.
Secara peribadi, Fong Ming menyifatkan tindakan guru tersebut adalah sebagai usaha untuk membentuk disiplin pelajar yang tidak serik melakukan kesalahan sama.
“Tindakan beliau tidak salah, tiada apa yang salah sebab beliau mahu mendisiplinkan pelajar yang terbukti sudah melakukan kesalahan,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya Yim Ping bukan guru yang berdedikasi dan komited terhadap tanggungjawab, warden tersebut boleh membiarkan sahaja kejadian itu berterusan tanpa perlu menyedarkan pelajar dengan menghukum mereka.
“Kalau dia (Yim Ping) mahu, dia boleh tutup sebelah mata sahaja apabila ada kes seperti itu (pelajar buang tuala wanita).
“Tetapi dia bukan jenis guru yang mengabaikan tanggungjawab, maka dia denda pelajar dengan hasrat mereka tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, RRSS memerlukan guru berwibawa seperti Yim Ping dalam memacu usaha melahirkan modal insan seperti termaktub dalam agenda pembangunan negara.
Beliau turut berharap, Yim Ping akan kuatkan semangat dalam menghadapi cemuhan masyarakat yang mengecam tindakannya baru-baru ini.
-Utusan Malaysia Online

Thursday, July 12, 2007
Kompleks Pendidikan Nilai bernilai RM1.3 bilion akan dibina
Untuk memantapkan lagi program latihan perguruan, kad laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) menyebut bahawa sebuah kampus induk IPG Nilai yang dikenali sebagai Kompleks Pendidikan Nilai bernilai RM1.3 bilion akan dibina di kawasan seluas 728.22 hektar.
Kompleks ini dibangunkan berorientasikan latihan keguruan dan kepimpinan pendidikan yang akan menempatkan:
1. Kampus Induk IPG
2. Kampus Tambahan Institut Aminuddin Baki (IAB)
3. Pusat Latihan Bahasa Inggeris (ELTC)
4. Kuarters Pendidikan
5. Institut Pendidikan Khas

Wajib lulus kertas Sejarah SPM syarat baru jadi guru
KEMENTERIAN Pelajaran mengenakan syarat lulus kepujian atau cemerlang kertas Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam pemilihan calon guru baru ke Institut Pendidikan Guru (IPG) berkuat kuasa serta-merta.
Bagi pemegang ijazah, mereka hendaklah pemegang ijazah sarjana muda yang tepat dengan bidang yang dipohon untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).
Selain itu, kad laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) setengah tahun yang dibentangkan baru-baru ini, turut menegaskan bahawa calon tidak terlepas daripada syarat 10 peratus penglibatan aktif dalam kokurikulum daripada markah keseluruhan.
Markah 10 peratus itu meliputi penglibatan dalam peratusan, permainan, sukan dan olahraga.
Selain itu, calon guru perlu melalui proses temuduga kumpulan serta ujian bertulis bahasa Inggeris bagi yang memohon bidang pengkhususan Bahasa Inggeris.

Tuesday, June 05, 2007
Penilaian Tahap Kecekapan tak dimansuh
Sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dilaksanakan sejak 2003 bagi tujuan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam, tidak akan dimansuhkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam.
Beliau berkata, jabatan dan badan berkanun bagaimanapun diberi kelonggaran merangka sistem penilaian untuk mengukur tahap kecekapan kakitangan masing-masing. "Kakitangan kerajaan perlu dinilai prestasi masing-masing. Bagaimana hendak tahu sama ada kakitangan sudah melakukan tugas? Mereka perlu diberi penilaian," katanya.
Beliau mengulas tuntutan Cuepacs supaya kerajaan memansuhkan PTK kerana berpendapat peperiksaan itu tidak mencerminkan tahap kecekapan sebenar kakitangan awam.
Ismail berkata, ketika perbincangan pada 2001 bagi memperkenalkan PTK, semua pihak termasuk Cuepacs bersetuju supaya tahap kecekapan anggota perkhidmatan awam dinilai sebelum diberi kenaikan pangkat. “Kita tidak harus menimbulkan kekeliruan mengenai peperiksaan ini dan idea di sebalik sistem itu. Kita sentiasa boleh ubah suai peperiksaan ini tetapi bukan idea itu, yang sudah pun dilaksanakan. “Jika peperiksaan tidak sesuai, maka wujudkan sesuatu yang lain bagi menilai prestasi kakitangan. PTK hanyalah sistem penilaian dan bagaimana ia harus dijalankan terpulang kepada pertubuhan atau jabatan berkenaan,” katanya.
Ismail memberi contoh, kakitangan di Pejabat Akauntan Negara tidak perlu menduduki PTK untuk kenaikan pangkat, tetapi perlu menduduki ujian profesional.
“Agensi seperti Bernama atau RTM juga boleh mengadakan sistem penilaian yang dianggap sesuai untuk pegawai mendapat kenaikan pangkat,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, peperiksaan sebagai kaedah PTK masih diguna pakai kebanyakan jabatan kerajaan.
"Rekod kita menunjukkan 70 peratus kakitangan yang menduduki peperiksaan itu lulus. Soal senang atau sukar bergantung kepada persiapan dan ia amat relatif," katanya.
-Berita Harian Online

Saturday, March 24, 2007
Kementerian perkenalkan Sekolah Kluster
Sekolah kluster atau Kelompok Sekolah Cemerlang (KSC) yang akan diperkenalkan akhir bulan ini, diberi lima kuasa autonomi selaras usaha kerajaan untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan setaraf negara maju. Antara lain sekolah kluster dibenarkan memilih dan mengiklankan calon guru serta kakitangan sokongan tanpa melalui norma perjawatan biasa. Selain itu, pengurusan sekolah boleh menggunakan khidmat dan kepakaran luar dalam bidang yang diperlukan, diberi kelonggaran memilih 10 peratus daripada jumlah kemasukan pelajar mengikut cara yang difikirkan sesuai serta bebas memilih kursus dan program latihan yang perlu diikuti guru. Kuasa autonomi itu diberi bagi membolehkan pengurusan sekolah kluster melaksanakan langkah yang difikirkan mampu meningkatkan kecemerlangan guru dan pelajar masing-masing. Bagaimanapun, pengurusan sekolah kluster diingatkan bahawa kementerian akan menentukan Indeks Prestasi Utama (KPI) serta indikator pencapaian yang perlu dicapai dalam masa yang dipersetujui. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mempengerusikan mesyuarat Kluster Kecemerlangan serta menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengerusi Lembaga Penasihat Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad dan sembilan ahli lembaga lain. Kuasa autonomi sekolah kluster diputuskan melalui resolusi Bengkel Autonomi Sekolah Kluster yang disertai 300 pengetua, guru besar, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), alumni serta pihak berkepentingan. Pelaksanaan sekolah kluster yang merujuk sekolah cemerlang dari aspek pengurusan serta kemenjadian murid adalah antara enam teras utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Hishammuddin berkata, 30 sekolah kluster pertama akan diumumkan akhir bulan ini dan kelompok itu akan dijadikan penanda aras kepada sekolah lain yang berminat dikategorikan sebagai KSC. Katanya, sekolah kluster berkenaan mencakupi semua jenis sekolah rendah dan menengah termasuk sekolah pendidikan khas, vokasional dan swasta. “Saya beri jaminan kita melihat pelbagai aliran di sekolah sebagai kekuatan... sama ada aliran agama, vokasional, semuanya saya harap dapat diketengahkan tetapi dengan penanda aras yang berbeza. Sekolah kluster aliran Cina misalnya, diharap mampu bersaing dengan sekolah sama di Beijing, China, atau sekolah aliran agama mesti setanding institusi sama di Mesir,” katanya sambil memberi jaminan agenda sekolah lain tidak akan dilupakan. Hishammuddin berkata, pemimpin sekolah kluster akan dikekalkan di sekolah masing-masing untuk sekurang-kurangnya lima tahun dan pencapaian mereka sepanjang tempoh itu akan dinilai. “Dalam konteks ini, mereka perlu memastikan pencapaian dan prestasi sekolah sentiasa meningkat dan terus cemerlang,” katanya. Pengetua yang gagal mencapai matlamat yang ditetapkan boleh ditukarkan ke sekolah lain dan status sekolah kluster berkenaan akan dilucutkan. Mengenai barisan ahli Lembaga Penasihat Kluster Kecemerlangan, Hishammuddin berkata, semua anggotanya memiliki pengalaman luas dan kecintaan terhadap dunia pendidikan. “Semua tokoh itu memiliki niat ikhlas untuk memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan terbaik dan mereka berfikir di luar polemik normal serta melihat bidang pendidikan adalah kritikal dalam pembangunan negara,” katanya. Katanya Lembaga Penasihat itu juga akan bertindak sebagai penasihat dalam mengatur strategi berkesan yang relevan untuk kecemerlangan sekolah kluster pada masa akan datang.Sumber - Berita Harian Online 24 Mac 2007
Sunday, March 18, 2007
Ops Didik tetap diteruskan
Polis tetap meneruskan Ops Didik walaupun menerima bantahan ekoran tindakan menyaman pelajar dan ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal secara melanggar undang-undang.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana ia dilakukan mengikut prosedur tanpa sebarang prejudis.
Menurutnya, selain itu, ia juga membuktikan kepada masyarakat bahawa polis tidak memandang remeh masalah pelajar sekolah yang tidak mematuhi peraturan di negeri ini.
“Sudah banyak kali saya jelaskan, Ops Didik ialah mendidik semua pihak mematuhi undang-undang jalan raya dan ia akan tetap diteruskan.
“Ops Didik bukan saja melibatkan operasi malahan meliputi ceramah, pameran dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada semua pihak terutama pelajar,” jelasnya.
Beliau mengulas permintaan ramai yang mahu polis meneruskan Ops Didik ke setiap sekolah di Kelantan seperti dilakukan di Sekolah Menengah Kok Lanas baru-baru ini walaupun mendapat kritikan mengenai kaedah pelaksanaannya daripada beberapa pihak termasuk ahli politik.
Sumber - Utusan Online 17 Mac 2007

Sunday, February 25, 2007
Kerajaan timbang tuntutan Cuepacs
DATUK Seri Najib Razak berkata kerajaan sedang menimbang dengan serius tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berhubung kenaikan gaji kakitangan awam, terutama kumpulan rendah kerana mereka mempunyai alasan kukuh. Bagaimanapun kerajaan memerlukan sedikit masa untuk mengkaji tuntutan Cuepacs itu kerana membabitkan pertambahan perbelanjaan mengurus. Memorandum Semakan Gaji Anggota Sektor Awam yang dihantar oleh Cuepacs baru-baru ini menuntut semakan gaji antara lima hingga 40 peratus bagi 1.2 juta kakitangan awam. Tuntutan itu menyatakan kenaikan gaji wajar diberikan kerana kira-kira 600,000 kakitangan sokongan mungkin berada di bawah paras kemiskinan jika kerajaan tidak membuat semakan gaji dalam tempoh tiga tahun daripada sekarang. Pada 17 Februari lalu, Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata, pihaknya akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 6 Mac ini, bagi mengetengahkan lima isu utama berkaitan kakitangan awam. Isu lain selain semakan gaji kakitangan awam kali terakhir dibuat 14 tahun lalu, ialah menambah jumlah kakitangan awam, lanjutan umur bersara, pencen mengikut tempoh perkhidmatan dan pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan. Omar berkata, isu gaji itu penting untuk membela kebajikan pekerja awam supaya mereka lebih bersemangat dan memberi komitmen penuh kepada tugas dan membanteras budaya rasuah kerana melaluinya ia dapat meningkatkan sumber pendapatan.